KDB & Advokasi (Portal Sebenarnya & E-waste)
5 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini4 Ogos 2018, bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Spaoh telah mengadakan taklimat KDB dan advokasi kepada para peserta semasa program eusahawan. Seramai 21 peserta hadir semasa program ini dijalankan.
Taklimat ini bertujuan memberi pengenalan tentang pentingnya klik dengan bijak iaitu kesan buruk sekiranya sering berkongsi maklumat yang tidak sahih di media sosial. Petugas juga menerangkan tentang pentingnya pengguna memeriksa kesahihan maklumat di portal sebenarnya sebelum berkongsi sebarang maklumat.
Peserta juga didedahkan dengan kaedah dan cara pelupusan bahan elektrik dan eletronik dalam kempen E-waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: